Friday, August 1, 2014

JAGA SYARIAT DALAM BERSILATURRAHIM DI HARI RAYA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Rabu 30 Julai 2014).

JAGA SYARIAT DALAM BERSILATURRAHIM DI HARI RAYA.

Hari Raya Aidil fitri yang tengah di sambut dengan penuh kegembiraan di merata tempat baik kampung atau di bandar, di kota atau di desa. Semua ini di lakukan sebagai tanda kesyukuran di atas kemenangan kita berpuasa di bulan suci Ramadhan.

Namun yang perlu diingatkan dalam hal besilaturrahim ini adalah adab-adabnya. Terutamanya perkara yang berkaitan dengan bersalaman dengan sesama saudara mara Islam yang bukan muhrim.

Ramai di antara saudara kita beranggapan dalam hal
Ini dengan mengatakan:

1. Alah bukan ada apa-apa hanya bersalam sahaja. Tak akan itu pun haram. ????

2. Alah dia bukannya siapa-siapa, dia nih biras lah?? anak buah lah?? sahabat rapat lah?? atau 1001 macam alasan lain yang tidak ada kena mengena dengan syara' ??

3. Nanti kita dikatakan sombong lah pula tak nak bersalaman dengan mereka. Dengan berlagak 'ALIM.

4. Bahkan ada di antara saudara kita dalam hal silaturahim ini berkata, bila Islam nak maju jika semuanya adalah haram. Sikit-sikit haram, semua tak boleh ???

Wahai saudara-saudara sekalian. Islam tidak sesekali mengharamkan silaturahim dengan siapapun orang nya. Terutama sekali dengan sesama muslim dan juga dengan orang-orang beriman. Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Bahawasanya sesama orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (QS al-Hujurat: 10).

Namun perlu diingat wahai saudara ku bahawa syariat Islam wajib di kedepankan dalam hal ini. Prinsip Islam dalam adab-adab silaturahim adalah:
"BERSILATURRAHIM tidak semestinya dengan cara BERSALAMAN, dan BERSALAMAN itu merupakan salah satu cara dalam BERSILATURRAHIM".

Adapun cara Islam mengajarkan kita jika bertemu dengan sesama saudara adalah.

1. Jika bertemu, dahulukan dengan ucapan salam. "Assalamualaikum" kepada saudara Islam atau bertanya khabar kepada mereka. Rasulullah bersabda:

حق المسلم على المسلم ست. اذا لقيته فسلم عليه.......

Hak seorang muslim terhadap muslim (lainnya). Ada 6 perkara. Apabila berjumpa dengan saudara nya, maka ucapkan salam kepadanya. .......... (HR al-Bukhari).

2. Jika bertemu dengan saudaramu, pandanglah wajahnya dengan ikhlas dan berilah senyuman padanya (jika tidak menimbulkan fitnah). Kerana senyuman itu adalah sedekah dan ibadah yang paling mudah.

3. Bersalamanlah dengan saudara mu, cium tangannya (sebagai tanda kita memuliakan dan menghormati) atau berpelukan dengan sesama saudaramu (sebagai tanda kita rapat dan akrab) semua dilakukan jika mereka adalah muhrim dengan kita.

4. Bercakap lah dengan saudaramu dengan perasaan hormat dan sikap lemah lembut.

5. Layan lah saudaramu dengan mesra dan berilah makan minum seadanya sebagai tanda kita menghormati kehadiran mereka.

Cara-cara di atas itulah Islam mengajarkan kepada kita bagai mana bentuk silaturrahim tersebut.

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian. Warnai lah hari raya Aidil fitri kita dengan saling bersilaturrahim dengan cara Islam yang telah di ajarkan kepada kita. Mudah-mudahan keberkatan silaturrahim itu akan mempereratkan lagi persaudaraan di antara kita.

Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah perhubungan kami dalam bulan Syawal yang mulia ini dengan silaturrahim di antara kami. Eratkan persaudaraan kami dengan ikatan persaudaraan Islam. Mudah-mudahan Islam akan mulia di bumi Mu ya Allah dengan ikatan persaudaraan kami. Aamiinn !!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan sesama SAUDARA.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

No comments: