Friday, August 1, 2014

JANGAN SOMBONG !!! SYAWAL ADALAH BULAN BERMAAF-MAAFAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Kamis 31 Julai 2014).

JANGAN SOMBONG !!! SYAWAL ADALAH BULAN BERMAAF-MAAFAN.

Budaya masyarakat di negara kita sejak berkurun lamanya apabila bulan Syawal datang, selalunya saling menziarahi abli keluarga serta sahabat handai untuk saling bersilaturrahim dan saling bermaaf-maafan antara sesama. Meskipun silaturrahim dan bermaafan tidak semestinya dilakukan hanya dalam bulan Syawal. Tetapi jadikanlah bulan Syawal sebagai bulan bermaaf-maafan.

Namun masih ada segelintir manusia yang dalam bulan kemaafaan ini masih tetap menjaga keegoannya serta kesombongannya dengan mengatakan:

1. Aku yang betul, buat apa nak minta maaf, yang salah lah datang meminta maaf !!!
2. Aku yang lebih tua buat apa nak datang minta maaf pada yang muda, yang muda lah datang minta maaf pada yang tua !!!
3. Sampai mati aku tak akan maafkan dia !!!!
4. Dunia akhirat aku tak akan halalkan dan aku tak maafkan !!!
5. Kalau dia tak datang beraya ke rumah, aku tak akan datang beraya ke rumah dia !!!

Kalimat di atas adalah contoh dan gambaran kalimat orang yang ada ego dan sombong, yang masih ada pada saudara kita dalam bulan Syawal yang mulia ini. Padahal tidak ada salah nya jika bulan Syawal ini di jadikan sebagai peluang untuk saling bermaaf-maafan meskipun kita tidak bersalah. Pada Prinsipnya dalam Islam.

MENGALAH bukan bermakna SALAH.
MENGALAH bukan bermakna KALAH. Tetapi
MENGALAH nak mengelakkan MASALAH.
MENGALAH nak mengelakkan BERBALAH.

Wahai saudaraku sekalian, jauhi sifat sombong di bulan Syawal ini. Orang yang sombong dalam hadith Rasulullah SAW:
الكبر بطر الحق و غمط الناس.

Sombong adalah menolak kebenaran (yang disampaikan) dan suka menghina dan merendahkan orang lain. (HR Muslim).

Imam al-Ghazali membahagikan sombong kepada dua:

1. Sombong Zahir;
sombong yang di zahirkan seperti dengan bercakap kasa r., bercakap besar, memalingkan muka, bermasam muka, acuh tak acuh pada orang lain dan lain sebagainya.

2. Sombong Batin.
Memandang hina dan rendah pada orang lain dengan kelebihan yang ada pada diri seperti merasa diri pandai, rasa diri kaya, keturunannya mulia, rasa lebih tua, lebih cantik, lebih berpengalaman dan lain-lain.

Allah SWT berfirman:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS Luqman: 18).

Orang yang sombong dapat kita lihat dari tanda-tanda:

1. Suka merendahkan darjat atau memandang hina orang.
2. Suka bangga diri dan memuji diri sendiri.
3. Suka membazirkan harta benda.
4. Suka memalingkan muka jika bercakap dengan orang.
5. Bakhil dan kedekut membelanjakan harta di jalan Allah.
6. Suka menyalahkan orang lain dan merasa benar sendiri.
7. Suka berbalah dengan orang lain pada benda yang tak berfaedah. Dan lain sebagainya.

Oleh kerana itu wahai saudaraku sekalian. Jadikanlah bulan Syawal yang mulia ini untuk saling menziarahi keluarga serta saling bermaaf-maafan dengan sesama manusia.

Ya Allah jauhkan hidup kami dari sifat sombong. Sesungguhnya syaitan terlempar ke dalam Azab neraka Mu kerana kesombongannya kepada Mu. Jadikanlah bulan Syawal ini ya Allah untuk saling berkasih sayang BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH. Mudah-mudahan hidup kami bertambah berkat di sisiMu dengan silaturrahim dalam bulan Syawal ini. Aamiiiin !!!!!!

Wallahu A'lam. Doakan kami tetap istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan sesama KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Di Dunia dan Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.

No comments: