Friday, August 1, 2014

HAKIKAT PERSAUDARAAN DALAM ISLAM.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
( Sabtu 2 Ogos 2014).

HAKIKAT PERSAUDARAAN DALAM ISLAM.

Islam datang di jazirah Arab yang asalnya seorang diri menjadi berkembang dengan sebab nilai persaudaraan. Bahkan berdirinya negara Islam di Madinah adalah hasil dari pada kuatnya persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin. Dengan persaudaraan akan mendatangkan, perpaduan, rasa kesedaran, rasa tanggung jawab serta ketenteraman dan keselamatan bersama. Bahkan Islam menjelaskan bahawa persaudaraan erat kaitannya dengan keimanan. Sebagaimana sabda Rasulullah:

ﻻيؤمن احدكم حتى يحب ﻷخيه ما يحب لنفسه.

Tidak beriman seseorang di antara kamu, sehinggakan seseorang mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri (HR Bukhari Muslim).

Persaudaraan dalam pandangan Islam terbahagi dua:
A. Ukhuwah Islamiyyah (أخوة اسﻻمية) iaitu persaudaraan antara sesama umat Islam.
B. Ukhuwah Insaniyyah (أحوة انسانية) iaitu persaudaraan antara sesama manusia.

Namun apa yang berlaku pada hari ini. Persaudaraan Islam kita begitu mudah berpecah belah dan tercalar serta tercabar di keranakan perkara-perkara duniawi terutamanya berkaitan dengan kekayaan dan kebendaan, kedudukan dan kekuasaan serta pangkat dan jawatan. Lebih menyedihkan lagi kadang-kadang perpecahan ini berlaku pada sesama Islam bahkan sesama keluarga sendiri.

Semua ini berlaku kerana kurangnya kefahaman dan kesedaran tentang prinsip persaudaraan dalam Islam sama ada kedua-dua pihak atau salah satunya. Oleh kerana itu, Islam menggariskan beberapa prinsip persaudaraan, di antaranya:

1. Seorang Muslim haram MENCEROBOH saudara muslim yang lain seperti tuduhan palsu (memfitnah), membuka aib saudaranya. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyaki ti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (QS al-Ahzab:58).

2. Islam mengharamkan perbuatan MENGUMPAT saudaranya tanpa kebenaran Syara'. Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari buruk sangka (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (QS al-Hujurat:12)

3. Islam mengharamkan perbuatan MENGINTIP urusan-urusan saudara nya. Allah berfirman:

وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيم.ٌ

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik akan hal tersebut dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha pengasih. (QS al-Hujurat:12).

4. Islam mengharamkan perasaan saling BENCI-MEMBENCI terhadap saudaranya. Rasulullah SAW bersabda:
ﻻ تحاسدون وﻻ تباغدون...... وكونو عبادالله اخوانا.

Janganlah kamu saling hasad dengki, janganlah kamu saling benci membenci. .... jadilah kamu sebagai hamba Allah yang bersaudara (HR. Bukhari Muslim).

5. Islam mengharamkan MEMUTUSKAN SILATURRAHIM terutama dengan saudara muslim. Rasulullah bersabda:

ﻻ يحل لمسلم ان يهجر اخاه فوق ثﻻثة ايام.

Tidak halal bagi seorang Muslim mendiamkan(tidak bertegur sapa) dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
(HR Bukhari Muslim).

6. Islam mengharamkan bersifat MUNAFIQ dan suka BERPURA-PURA terhadap saudaranya. Allah berfirman:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ ف ِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.
(QS. An-Nisa': 145).

7. Islam mengharamkan umatnya bersikap TAKSUB PERKAUMAN ('ASHOBIYYAH). yang akan menimbulkan perpecahan. Rasulullah SAW bersabda:

ليس منا من دعا على عصبية

Bukan dari umatku, sesiapa yang mengajak kepada perkauman (ashobiyyah). (HR. Abu Daud).

Wahai saudaraku sekalian. Pahamilah prinsip persaudaraan tersebut, agar kita menjadi umat yang terbaik diatas muka bumi Allah ini dan kita kuat melawan musuh-musuh Islam, dan bukanya bermusuhan dengan sesama Islam.

Ya Allah jadikanlah persaudaraan Islam kami ikhlas kerana Mu. Janganlah persaudaraan kami mudah berpecah belah kerana masalah-masalah duniawi. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang bersaudara dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Aamiinn !!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

Salam kami dari Cirebon, Bandung, Indonesia.

No comments: