Wednesday, April 30, 2014

ZIKRULMAUT (siri 5)

MIMBAR PAGI

ZIKRULMAUT (siri 5)

 Perlu disedari dan dihayati bahawa kematian itu adalah satu pemaksaan. Samada manusia rela atau tidak, mereka akan dipaksa berjumpa dengan Allah SWT Pencipta dan penjaganya.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
8. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". [Al-Jumuah]

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ
15. "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَىٰ
16. "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. [Toha]
Kiamat yang dimaksudkan adalah kematian yang boleh berlaku bila-bila masa.
Yang banyak melupakan kita mengingati mati (Zikrulmaut) adalah pekerjaan harian kita. Renungkanlah.

 Sebelum manusia itu menemui kematian, ia akan melalui satu keadaan yang dinamakan sakratul maut atau kesusahan dan kesakitan yang sangat dahsyat ketika roh itu dicabut dari jasad.

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Qof]

 Dikhabarkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis bahawa ketika berlakunya sakratul maut, malaikat maut akan mengambil nyawa manusia dalam dua keadaan. Keadaan yang keras bagi mereka

yang kafir dan derhaka kepada Allah SWT dan keadaan yang lembut dan baik bagi mereka yang beriman dan Allah SWT redha kepadanya.

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ
93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". [Al-An'aam]
Kita tidak akan dapat melihat tanda-tanda kesakitan mereka kerana pada masa itu mereka terlalu lemah untuk meronta kesakitan.

Daripada Muhammad bin Kaab Al-Quradzi, “Apabila hayat orang beriman telah sampai ke penghujungnya maka datanglah malaikat maut lalu berkata kepadanya, Salam Sejahtera ke atasmu wahai penolong agama Allah ! Sesungguhnya Allah SWT menyampaikan kepadamu salam kesejahteraan.” Setelah itu, dibacakan kepadanya ayat di bawah.
تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ ۚ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا
44. Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucap an "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia. [Al-Ahzab]
Telah ditanya Abdullah bin Al-Mubarak berkaitan ayat Al-Quran [Selamat sejahtera kepada kamu pada hari kamu berjumpa denganKu”]. Jawabnya telah bercerita kepadaku Muhammad bin Malik. Telah bercerita kepadaku Al-barra bin ‘Azib, “Pada hari malaikat maut menemui orang beriman (untuk dicabut nyawanya) ia akan berkata Selamat Sejahtera ke atasmu ketika berjumpa Tuhanmu.”

Daripada Al-Harith bin Al-Khazraj Al-Ansari, bapaku telah berkata kepadaku, sabda Rasulullah SAW, “Malaikat maut telah hadir di hadapan seorang lelaki Ansar untuk dicabut nyawanya. Aku mengatakan kepada malaikat maut. Wahai Malaikat ! berlemah lembutlah kamu kepada dia kerana dia adalah seorang mukmin.” Malaikat maut berkata, “Wahai Muhammad ! Tenanglah. Sesungguhnya aku sangat berlemah lembut ketika hendak mencabut nyawa orang beriman. Ketahuilah wahai Muhammad, sesungguhnya aku akan mencabut semua nyawa anak Adam. Apabila aku mencabutnya lalu berteriaklah ahli keluarganya, aku akan berhenti di tepi rumahnya dan bersamaku roh simati. Aku berkata, teriakan apakah ini? Demi Allah ! Aku tidak menzaliminya. Ajalnya tidak dipercepatkan dan tidak pula dilambatkan. Kami tidak melaku sedikit pun dosa ketika mencabut nyawanya. Sekiranya kamu redha dengan apa yang telah ditentukan Allah SWT dan bersabar, kamu akan diganjari. Sekiranya kamu keluh kesah, dan marah, kamu sebenarnya melakukan dosa. Kamu akan terbeban dengan apa yang kamu lakukan dan kami tidak akan dicela walau sedikitpun. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kamu untuk mencabut pula ajalmu. Maka berwaspadalah dan bersedialah sentiasa (untuk menghadapi hari kematian ini). Sekiranya kamu menjaga diri kamu dari dosa, kamu akan selamat. Tidak adapun seorang yang bermusafir, yang tinggal di bandar, yang tinggal di pendalaman, yang tinggal di bukit, yang tinggal di laut, melainkan aku menziarahinya lima kali sehari sehingga aku sangat mengetahui keadaan sebenar kamu, baik ketika kecil mahu pun ketika dewasa. Demi Allah ! Aku tidak ingin mencabut sebarang nyawa walau nyamuk melainkan Allah SWT jualah yang menyuruhku untuk mencabutnya.”

Berkata Jaafar bin Muhammad, “Telah sampai perkhabaran kepadaku bahawa malaikat maut hadir menziarahinya lima kali sehari ketika dia melakukan solat. Maka pada ketika malaikat maut ingin mencabut nyawanya, jika ia adalah orang yang menjaga solatnya, maka malaikat akan mencabutnya dengan lembut dan para syaitan akan menjauhinya (untuk mengoda dan menyesatkannya). Pada masa itu juga malaikat maut akan MENTALQINKAN kepadanya kalimah toyyibah sehinggalah dia habis nyawa.”

Ustaz Suhaimi Kassim...

No comments: