Wednesday, April 30, 2014

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Dari Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian Beliau bersabda; Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan Aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu..
Perkara - perkara itu ialah;

1. Tiada terzahir (nampak jelas) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa ummat-ummat yang telah lalu..
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka..
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt...
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka..
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri...

Hadis Riwayat: Ibnu Majah..

SYAIR::

Lima maksiat dibalas segera
Dalam dunia sebagai dera
Supaya insan insaf dan taqwa
Lalu meminta taubat nasuha

Bila zina zahir dan nyata
Penyakit berat akan menimpa
Sukat dan timbang tidak sempurna
Zalim peminpin pasti dirasa

Bila zakat tidak diberi
Kemarau panjang pasti rasai
Janganlah mungkir janji Ilahi
Nanti musuh datang menguji

Syariat Allah pasti tegakkan
Pedoman hidup jangan abaikan
Cuai dan taqsir mengakibatkan
Perang saudara yang merugikan..

Sekian.... MZA....

No comments: