Sunday, August 10, 2014

Tawakal

-VAKSIN HATI TONIK IMAN-
KITAB PENAWAR BAGI HATI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

��TAWAKAL��

Perlu kita ketahui bahawa tawakal itu percaya dengan Allah Taala dan yakin bahawasanya qada ketentuan Allah dan mengikut akan segala sunnah Rasulullah s.a.w. selepas. Dan hendaklah kita berusaha mendapatkan sesuatu dahulu seperti makanan, minuman, pakaian dan memelihara diri daripada kecelakaan dan inilah sunnah semua rasul dan nabi. Ini adalah apa yang dikatakan oleh al-Qadhi ‘Iyad dan menjadi ikutan kebanyakan fuqahak.

Sesungguhnya tawakal itu satu perbuatan yang terpuji, yang menyebabkan Allah kasih akan orang yang bersifat terpuji. Firman Allah Taala :

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Q.S Ali Imran ayat 159)

Tawakal adalah sifat yang dituntut dalam islam. Ianya boleh menjadi wajib dan boleh menjadi sunat. Firman Allah Taala :

قَالَ رَجُلَانِ مِنَ ٱلَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمَا ٱدْخُلُوا۟ عَلَيْهِمُ ٱلْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَٰلِبُونَ ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓا۟ إِن كُنتُم مؤمنين

“Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman" al-Maidah : 23

Firman Allah :

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah".
(Ibrahim :12)

Firman Allah :

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Az-Zumar : 36

Rukun tawakal ada tiga :

1. Tauhid – pegangannya kepada Allah tiada belah baginya
2. Kelakuan
3. Pekerjaan

Adapun tauhid seperti engkau iktikad dengan iktikad yang putus bahawa hanya Allah yang maha kuasa, maha esa dan tiada sekutunya dan baginya segala kerajaan dunia dan akhirat dan segala pujian miliknya. Tauhid adalah asal bagi tawakal, kerana tawakal hanya kepada Allah taala bukan yang lainnya.

Adapun kelakuan pula adalah kelakuan hati iaitu percaya hati engkau dengan Allah taala dan diam ia dengan menyerahkan segala pekerjaan kepada Allah. Jangan kita berpaling kepada yang lain selain Allah taala sahaja. Hati kita akan menjadi tenang dan senang jika semuanya diserahkan kepada Allah taala. Allah sangat kasih dan sayang kepada hambanya yang bertawakal kerana Allahlah yang sangat berkuasa, yang memberikan rezeki kita dan wajib berserah kepadanya. Jangan kita mengharapkan rezeki itu dari manusia atau lainnya kerana mereka lemah dan berhajat seperti kita juga.

Jika kita tidak bertawakal kepada Allah taala, bermakna kita ini dhoif / lemah dalam keyakinan. Ini disebabkan perasaan syak dan dikuasai tidak yakin di dalam hati terhadap Allah kerana hati itu penakut terhadap manusia (makhluk). Nauzubillahi min zalik…

Apabila kita mengetahui bahawasanya tawakal itu kelakuan hati iaitu percaya kepada Allah 100%, perlu kita ketahui padanya ada tiga kelakuan :

Pertama : percaya dan iktikad kasih sayang Allah akan kita dan kuasa Allah yang menolong kita.

Kedua : lebih kuat daripada yang pertama seperti seorang anak meminta makan dan minum kepada ibunya. Kerana ia percaya ibunya sayang kepadanya dan hanya berusaha dan berfikir untuk memintanya.

Ketiga : lebih tinggi daripada yang kedua iaitu bahawa yang tawakal itu pada sisi Allah taala seperti orang yang sudah mati dihadapan tukang memandikan mayat atau ibu yang menyusukan anak bila sampai waktunya walaupun tidak meminta (menangis).

Adapun pekerjaan sesungguhnya telah menyangka orang yang bodoh bahawasanya syarat tawakal itu meninggalkan usaha, meni nggalkan mengubati dan menyerah diri bagi yang membinasakannya. Maka yang demikian ini adalah salah. Kerana yang demikian itu dilarang pada syara’ dan tawakal disuruh oleh syara’. Firman Allah Taala :

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Al-Baqarah : 286.

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Al-Baqarah : 195.

Sabda Rasulullah :

تداووا عباد الله فان الله تعالى لم يضع داء الا وضع له دواء غير داء واحد الهرم

“Berubat oleh kamu wahai sekalian hamba Allah, kerana bahawasanya Allah taala tiada menghantarkan ia akan penyakit melainkan menghantarkannya ia baginya akan ubat, melainkan satu penyakit iaitu tua”. Riwayat Imam Ahmad
Seseorang datang jumpa Rasulullah lalu berkata “ bolehkah aku lepaskan unta ini dan aku bertawakal? Bersabda Rasulullah “ ikat olehmu akan lutut unta engkau itu dengan tali dan engkau berserah kepada Allah”.

Wallahuaklam......
Mohon maaf dan teguran diatas khilaf dan kesilapan.
Ikhlas & Rahmat Allah bersama kita.
UstazMahfuzRoslan@UMAR.
Kongsikan dan sebarkan..sesungguhnya ianya ILMU ALLAH TAALA..

10 MUTIARA KABAHAGIAAN MANUSIA DALAM HIDUP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 10 Ogos 2014).

10 MUTIARA KABAHAGIAAN MANUSIA DALAM HIDUP.

Semua manusia menginginkan kebahagiaan hidup di dalam dunia ini, namun tidak semua manusia mendapatkannya. 10 Mutiara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut di antaranya:

1. Carilah Ilmu untuk menerangi jalan hidup kita.
Dengan Ilmu akan dapat menolong manusia dalam mengenal mana yang hak dan batil mana yang benar dan salah mana yang halal dan haram. Adam adalah manusia yang pertama yang di beri Ilmu setelah di ciptakan Allah.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (QS. Al baqarah: 31).

2. Dekatkan diri dengan Al Quran.
Dengan al- Quran telah berhasil membawa manusia dari jalan kegelapan kepada terang benderang, dari kemunduran pada jalan kemajuan.

3. Jaga hubungan dengan Allah dengan zikrullah.
Orang yang cerdik adalah orang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan mengingati Allah adalah jalan kita untuk mendekatkan diri kepada Nya.

4. Beribadah untuk menghambakan diri kepada Allah.
Dengan melaksanakan ibadah kita kepada Allah, makin kita lemah dan daif di sisi Nya. Serta makin rasa yang kita banyak kekurangan.

5. Jauhi Maksiat dan Cepat Bertaubat.
Tisak ada manusia di dunia ini yang tidak ada salah kerana manusia tempat bersalah. Akan tetapi manusia yang berdosa dan bersalah adalah manusia yang cepat insaf dan bertaubat dari kesalahan tersebut.

6. Perbaiki Hubungan antara sesama manusia (Ehsan).
Manusia adalah makhluk sosial, yang memerlukan otang lain dalam hidupnya. Oleh kerana itu untun mendapatkan kebahagiaan tsb, manusia perlu menjaga perhubungan sosial dalam hidupnya.

7. Serahkan Urusan Kita Hanya Kepada Allah (Tawakal).
Sehebat apapun otak kita, tenaga kita, kekayaan kita, pangkat jawatan kita. Pasti kita akan buntu menghadapi masalah tsb. Maka jalan menghadapi masalah yang kita hadapi adalah dwngan bertawakkal.

8. Tinggalkan benda yang Sia-Sia (Lagho).
Untuk meraih kebahagiaan hidup, perlu meninggalkan perkara yang tidak penting dalam hidup. Elakkan dari melakukan perkara lagho.

9. Mohon kepada Allah Kesihatan dan Keselamatan.
Untuk mendapatkan kesihatan dan keselamatan, perlu ada sedikit usaha. Minum ubat ketika kita sakit dan berdoa untuk mendapatkan keselamatan hidup

10. Perbanyakkan Amalan Sholeh.
Semua manusia tidak ada yang tahu, bila umurnya akan berakhir. Oleh kerana itu dalam masa yang tek lama kita menjalani kehidupan ini. Banyakkan amalan kebaikan.

Ya Allah jadimanlah kami Hamba Mu yang terbaik di sisi Mu. Bahagiakanlah hidup kami Ya Allah di dunia dan akhirat kelak. Jadikanlah kami sebagi hambaMu yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain dalam hidup kami. Aamiiin??????

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

Thursday, August 7, 2014

Petua utk pesakit kanser

satu perkongsian.sejak kebelakangan ini dperhatikan bnyk berlaku kematian akibat kanser dkalangan umat islam d Malaysia ni.kami pernah ddatangi oleh bekas pelajr MRSM,seorng doktor pakr pemakann dan selalu keluar di astro oasis dlm rancangan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin..beliau pengidap kanser tahap 3..tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hidup d dunia ini.beliau banyak beri prkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser. saya akn cerita sedkit demi sdkit nnt

Dr Reza ni pernh bpesn ketika sakitnya itu pd ibunya jgn benarkn doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selag beliau blm benar2 dsahkn mati.pd ketika dia koma, dr Reza mohn pd Allah atas segala kebaikn yg dia pernh lakukn sblm ini   supaya dberi peluang kedua utk hdup dan dpt dia perbetulkn ksilpn yg tlh beliau lakukn.

kesilpn beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatan kpd org ramai supaya mengamalkn permaknan mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sndri mengambil ubat-ubatn kimia utk dirinyer..jd beliau telah berlaku hipokrit pd org ramai.dan sejak beliau sedar dr koma,beliau ubah cara pemaknn beliau dan mengesyorkn kita umat islm ikut sunnah nabi

Sedikit perkongsian lg:
1-makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblm ambil mknn lain
2-makan mknn yg Halal & Thoiyyib(suci)
3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..bhnti sblm knyng
4-Perhatikn mknn kamu Surah Abasa ayat 24

-INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAME BGTAU KITA,CUME RAMAI DR KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...
- cube perhatkn lobak merah kalau dipotong,apekah bentuknyer ?spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk kesihatan mata
-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato,lihat ada 4 cabang dlm tu,ibarat 4 injap dlm jntng kita.  yer sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung
-cube perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntng
-then perhatikan kacang walnut..kulitnyer keras susah nak dipecahkn dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia..ia mmg bagus utk otak..pd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz
-cube perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rawatan buah pinggang
-batang saleri, bentuknye spt tulang manusia..mmg ia bgus utk tulang
-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcmane bntuk isinya.ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita,bknnya utk rawatan rmbut shj...
-buah Tin..cube perhatikn buah Tin ini.kaum adam cube perhatikn buah Tin ini danbb sndri ia brbntuk spt ape. kajian sains mndpti ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.

Yahudi dah bnyk tipu kita..dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi.itu semua satu pembohongan..DAGING KAMBING ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL,yg kena drh tnggi tu sbb cara masakan kita,contohnya masak kmbng dgn santan yg brlebihn dan sbgainye...ape yg Allah jdkn semuanya baik.cume kita manusia yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemknn kita dan keluarga lepas ni..bnyk lg tips dr Dr. Reza ni...

INI tips lg utk siape yg mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa mknn yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yg dsyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnyer sgt murah dan anda x perlu habiskn puluhan ribuan ringgt utk kos rawatan usus ni.(kalau nk mmbazir jugak baik bg kat aku.. hihihi sory gurau ckit)..

Ok caranya mudah saje..anda cume perlu beli kelapa laut atau Nata d Coco tu,buang airnye oppss sory.. buang air manisan nata d coco tu dan ganti dgn air putih..kmdian anda beli 'YAKULT'..ok ini menyelit ckit beli yakult dan jgn beli vitagen krn yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yg hidup berbnding dgn vitagen yg hnya mengandungi 80% bakteria mati..Then ambil lbh kurang 12-15 kiub nata d coco td cume campurkn dgn sebotol Yakult..
Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil mknn lain@ kalau nk lbh berkesan buat dua kali sehari sebelum tido mlm..biar berterusan.insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yg tersangkut pd usus akn disingkirkn secara perlahan2..kalau anda tengok njis anda bwarna hitam,itu tandanya ada tndak bls yg baik dr amalan td..penyikiran toksid telah berlaku tp benda ni dia  x war2kn pd org ramai..

Ada lg dan kwn2 kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mane2 produk..cume Dr. Reza bgtau kenape kita mudah kena cancer tulang, kenape kita dsyor kan kena ambil calcium kononnye utk kuatkn tulang? sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akn berlebhn dan akan menyebbkn trjadinye kanser tulang.. proses nyer trjadi aku x dpt terangkn..cube tanya pd yg pakar..cume saranan Dr. Reza adalah kita cume amalkn ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam,krn daun kari mengandungi calcium yg sgt tinggi.
5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene. logik akal kita lihat lah kenape org india suka masak atau maknn berasas daun kari dan tulang mereka kuat blh buat kerja berat2..gigi mereka pun putih dan berdaya tahan lame..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi bnyk dah yg lompong.betul tak? jgn mrh ye berkongsi ilmu smbil bergurau...

Ok lg satu kwn2 jgn amalkn minum air soya dan bg anak mnum air soya selalu krn ia penggalak sel kanser dan blh melemahkn otak..ini semua penipuan dr yahudi,dia suruh org islam minum soya tp dia org minum susu kambing..

dia nk musnhkn org islam secara halus dan melaui perang saraf..tlg control anak2 dr bnyk berintenet dan lihat rancangan tv berbntuk hiburan sbb itu melalaikn kita dr mengingati Allah dan kesan smpingan nyer kita lihatlah saje skrg....
Copy paste dr group len

Boikot

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Rabu, 10 Syawal 1435H)
BOIKOT... BOIKOT... BOIKOT !

Ust Kay telah dihujani dengan pertanyaan tentang hukum boikot (barangan) Amerika dan Yahudi terutamanya. Apakah tuntutan dan adakah kewajarannya ? Sebab ada yang berhujjah; "Boikot (barangan) mereka (Yahudi dan Amerika) tidak dibenarkan di dalam Syara’, kerana Rasul SAW sendiri bermuamalah dan tidak memboikot (barangan) Yahudi yang berada di Madinah". Apakah ini benar?

PENCERAHAN :
YA !, Nabi SAW tidak memboikot Yahudi di peringkat awal dakwah kerana mereka orang-orang yang diberi perdamaian, disebabkan tidak terbukti mereka memiliki hasrat memerangi Islam dan kaum muslimin. Apabila Nabi SAW mengetahui hasrat mereka (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian, Nabi berdiam diri?

TIDAK !Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka. Malah baginda juga telah (mensabotaj) menebang pokok-pokok kurma yang ada di perkampungan mereka. Pemulauan Nabi SAW terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim meriwayatkan kisah ini dalam kitab sahihnya.

Baginda telah berjaya menundukkan mereka dengan serangan ekonomi. Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran;

مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِين

“Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.” (QS al-Hasyr: 5)

Demikinlah juga yang telah dilakukan oleh Nabi SAW terhadap Yahudi Bani Quraizhah, apabila baginda mengetahui pengkhianatan dan bantuan mereka (kepada tentera kuffar) dalam peperangan Al-Ahzab. Baginda memulau mereka sehinggalah mereka dik enakan dengan hukuman Allah, tentera mereka dibunuh, perempuan dan anak-anak mereka ditawan.

Selain itu, membandingkan keadaan Yahudi dan syarikat-syarikat mereka pada hari ini dengan Yahudi Madinah yang sedikit jika dinisbahkan dengan umat Islam Madinah, dan mereka tidak mengistiharkan peperangan adalah Qiyas yang fasad. Ini kerana Yahudi hari ini, sentiasa melancarkan peperangan ke atas umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

Mereka telah menyokong dengan harta, senjata dan kepakaran. Kalaulah bukan dengan sokongan mereka yang berterusan, Zionis tidak mampu untuk menduduki Palestin, ini kerana Yahudi adalah makhluk yang paling pengecut seperti yang diceritakan Allah dalam Al-Quran;

“Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau dari balik tembok...” (QS al-Hasyr: 14)

Maka apabila umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad dengan senjata untuk menentang mereka disebabkan perbezaan pendapat pemimpin umat Islam, dan kelemahan mereka untuk mengisytiharkan jihad, malah sebahagian mereka pula ada hubungan dengan negara kuffar, maka sekurang-kurangnya boikot ekonomi berupa serangan juga kepada mereka.

Jangan pula kita hanya boikot barangan mereka, tetapi tidak pula boikot rokok, fesyen, filem dan cara hidup mereka. Benarlah firman Allah;

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُم

“Dan orang-orang Yahudi dan Kristian sama sekali tidak ada redha terhadap mu, sehinggalah kamu mengikut agama / cara hidup mereka.” (QS al-Baqarah: 120)

KESIMPULAN :
Ya Allah jatuhkan balasan yang keras terhadap mereka dan hancurkanlah kekuatan mereka. Kami juga memohon kepada Mu Ya Allah untuk memberikan taufik kepada para ulama' agar mereka berani menyatakan kebenaran tanpa bimbangkan celaan musuh-musuh Mu. Wallahu a'lam - Aamiin Ya Rabb! Ukay's.

15 TANDA IKHLAS DALAM PERJUANGAN !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Khamis,11 Syawal 1435H)
15 TANDA IKHLAS DALAM PERJUANGAN !

Pra syarat kemenangan dalam sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya. Begitu juga keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga tampak ikhlas dalam berjemaah.

PENCERAHAN :
Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah semata-mata, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya. Bukan untuk berebut jawatan MB atau PM sekalipun. Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah;

1) Nawaitu yang jelas untuk mencari keredhaan Allah bukan kerana yang lain. Termasuk bukan kerana hendak masuk syurga sebab masih ada unsur untuk kepentingan diri sendiri...
2) Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan dan walau tanpa pemerhatian manusia.
3) Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.
4) Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.
5) Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.
6) Prihatin terhadap keperluan dan permaslahan jamaah dan ahli jamaah.
7) Bertolak ansur dan berlapang dada dalam mengendali gerak kerja dan jamaah.
8) Menghormati pejuang generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.
9) Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua aktiviti jamaah. Kekuatan dan kelemahan dikenalpasti... bukan syok sendiri!
10) Mestilah istiqamah di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kearah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat ke jamaah lain. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:

فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُون

“...Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (QS Yunus : 189)

11) Taat kepada pimpinan jamaah sendiri bukan pada pimpinan jamaah lain. Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut. Ikhlas tapi tidak taat... ego namanya, rasa betul sendiri !
12) Eratkan ukhwah sesama jamaah. Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu disimen teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bukan kerana polemik yang ditimbulkan jamaah lain, ahli jamaah kita pula yang berantakan ! Bersilat sesama sendiri...
13) Jaga kerahsiaan. Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ada perkara yang boleh diberitahu kepada masyarakat dan ada perkara yang untuk jamaah sahaja.Jangan khianati jamaah sendiri.
14) Tidak leka dengan pencapaian yang ada. Jangan cepat lupa diri...Allah boleh ambil balik bila-bila masa. Jangan rasa sentiasa mendapat sokongan sepanjang masa... jangan mendabik dada kalau berlaku pilihanraya semula pasti akan menang semula. Belum tentu... Lagipun baru menang sikit je pun. Allah tengah uji kita...
15) Menunaikan janji dan beriltizam dengannya. Sama ada janji kepada kawan ataupun kepada lawan. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan) orang lain kepada diri kita. Apatah lagi janji kepada para pengundi.

KESIMPULAN :
Mengutamakan kepentingan jamaah lebih dari dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya serta mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah, adalah antara adab berjamaah. Begitu juga, setia (tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan dan rasa hormat (thiqah) terhadap saf pimpinan sendiri serta kasih sesama ahli perlulah sentiasa disuburkan. Wallahu a'lam - 'Alaikum bil jamaah ! Ukay's.

MANUSIA DAN PUNCA KAFIR DALAM KEHIDUPAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Jumaat 8 Ogos 2014).

MANUSIA DAN PUNCA KAFIR DALAM KEHIDUPAN.

Kafir adalah kalimat yang amat di takuti oleh seorang muslim kaitannya dengan Aqidah. Menurut bahasa kufur bermakna menutup atau membantah. Jadi KAFIR adalah orang yang membantah perintah Allah dan Rasul Nya baik dengan hatinya, lisannya & perbuatannya. Lawan kata kafir adalah iman.

Dalam ruangan Tazkirah ringkas pada pagi ini, USM sekadar mengingatkan diri sendiri juga para sahabat sekalian. Mengatakan bahawa punca berlakunya kekafiran dalam kehidupan di sebabkan beberapa faktor di antaranya:

1. Perasaan Beragama. jiwa manusia dalam beragama sudah tertanam sejak berada di alam roh. Namun dalqm mencari kebenaran beragama itulah yang menyebakan pengingkaran dalam beragama tersebut. Allah SWT berfirman.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Qs al-A'raf: 172).

2. Penyelewengan Proses Sejarah.
Dalam Islam Pada asal sejarahnya, semua manusia berasal dari nabi Adam. Perjalanan masa inilah yang menimbulkan perubahan manusia dalam keimanan dan kepercayaan yang diyakini.

3. Tertutupnya kebenaran kerana hal-hal tertentu.
Hal ini berlaku di kerenakan faktor seperti kekayaannya, kedudukannya, keturunannya, kepandaiannya, kesombongannya, serta faktor lainnya yang menyebabkan ditolaknya kebenaran yang disampaikan. Allah SWT berfirman.

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Qs Luqman: 25).

4. Keragu-raguan dalam berfikir.
Manusia dalam mencari kebenaran lebih cenderung menggunakan akalnya sebagai alat untuk mengukur tahap kebenaran dalam semua masalah kehidupan. Akhirnya jika masalah tersebut bertentangan dengan akal fikirannya, maka yang di menang kan adalah akalnya. Mereka berprinsip memikirkan tentang Tuhan adalah menggunakan Akal Fikiran. Jika tidak rasional iti bukan dari Tuhan. Orang seperti ini di sebut dengan Kafir Juhud.

5. Kerana lingkungannya.
Dalam Islam, semua manusia lahir dalam keadaan suci atau Fitrah (Islam) barulah kedua orang tuanya dan lingkungan persekitarannya yang mencorakkan Aqidah san keimanan seseorang. Rasulullah SAW Bersabda:

كل مولود يولد علي الفطرة اﻻ ابواه ان يهودانه او ينصرانه او يمجسانه

semua anak terlahir dalam keadaan suci kecuali kedua ibu bapanya yangbmenyebabkan anak menjadi Yahudi, Nasrani, majusi (Hr Muslim).

6. Penyelewengan yang di lakukan oleh Ahli Agama itu sendiri. Hal ini berlaku pada penyelewaangan yang dilakukan oleh ahli agama dalam ajaran yahudi dan Nasrani. Kerana Islam mengakui bahawa agama Yahudi dan Nasrani adalah agama Samawi. Namun Ialam tidak mengakui ajarannya kerana banyak penyelewengan yang di lakukan oleh Rahib dan pendeta di kalangan mereka. Yang tidak sesuai dengan dalil asal yang ada dalam ajaran agama mereka.

Oleh kerana itu wahai s audara-saudara sekalian, jagalah aqidah kita dari penyelewaangan yang berlaku dalam kehidupan kita. Kadang ianya berlaku secara tidak kita sedari terutamanya faktor yang berasal di lingkungan dalam hidup kita.

Ya Allah Engkaulah Zat yang Maha berkuasa di atas segala sesuatunya. Sedarkanlah kami dan saudara-saudara kami untuk mengikut ajaran agama Mu dengan baik. Jauhkanlah kami dari penyelewengan aqidah dalam hidip kami yang sedar atau yang tidak sedar, agar kebahagiaan hidup di dunuai ini dapat kami kecapi dan kami nikmati dengan berkat karunia Mu ya Allah. Aamiiin Ya Robbal 'aalamiinn !!!!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau WWW.FaceBook: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

JANGAN KHIANATI AMANAH RAKYAT !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Jumaat,12 Syawal 1435H)
JANGAN KHIANATI AMANAH RAKYAT !

Sifat amanah mempunyai hubungan erat dengan iman seseorang. Orang beriman pasti memiliki sifat amanah. Orang yang khianat bererti tidak ada iman dalam dirinya, meskipun lidahnya menyatakan beriman. Allah berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad SAW) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (QS al-Anfal : 27)

PENCERAHAN :
Sikap khianat amat berbahaya bila berkembang dalam kehidupan suatu masyarakat. Sikap ini merugikan orang yang dikhianati dan pelakunya. Apabila sikap khianat melekat pada diri seseorang, bererti saat itu ia tidak amanah. Nabi SAW bersabda, ”Tidak mungkin berkumpul iman dan kafir dalam hati seseorang dan tidak mungkin pula berkumpul sifat jujur dan dusta padanya sekaligus, sebagaimana tidak mungkin berkumpul sifat khianat dan amanah padanya secara bersamaan.” (HR : Ahmad)

Khianat adalah suatu perbuatan yang berniat serong ke arah matlamat menganiaya seseorang yang lain sama ada secara fizikal (penderaan jasad), mental (penderaan jiwa) atau spiritual (penderaan ruhani). Peribahasa Melayu yang menggambarkan sifat-sifat pengkhianatan ini amat jelas pada ungkapan-ungkapan seperti berikut ;
1. Duri dalam daging
2. Api dalam sekam
3. Gunting dalam lipatan
4. Musuh dalam selimut
5. Harapkan Pegar (sejenis burung), Pegar makan padi

Perbuatan 'Khianat' ini jelas berbeza dengan 'Perang' kerana khianat dilakukan secara sembunyi manakala perang dilakukan secara terbuka. Maka ia berupaya merosakkan agama dan masyarakat dengan lebih serius iaitu melakukan kerosakan dari dalam secara senyap. Seperti sel-sel kanser yang memusnahkan sel-sel normal secara senyap lalu sedar-sedar penyakit menjadi barah dan tidak dapa t untuk disembuhkan lagi.

Dalam Peperangan Salib yang menjarah bumi umat Islam, para pengkhianat dalaman ini diupah atau dirasuah untuk mencetuskan rampasan kuasa terhadap sistem Khilafiah Islam dan membuat kacau bilau dalam sesuatu negeri. Lalu berlakulah peperangan saudara dan kemusnahan dalaman pada sesebuah negeri atau negara Islam yang hendak dijajah.
Dalam Peperangan Moden, para pengkhianat dalaman ini digelar sebagai 'Saboteur' yang menjalankan misi-misi sabotaj supaya kekuatan dalaman sesuatu pasukan menjadi lemah atau musnah. Dirosakkan dari dalam.

Dalam kehidupan bermasyarakat sesuatu bangsa pula, para pengkhianat dalaman ini digelar sebagai 'Pengkhianat Negara' seperti belot kepada musuh yang melancarkan peperangan, palsukan Mykad, Ali Babakan lesen perniagaan, perjudikan keselamatan negara, tekan rakyat dengan cukai yang baru dan sebagainya lagi. Rakyat rasa dikhianati...

Dalam Agama Islam, para pengkhianat dalaman ini digelar sebagai 'Orang Munafik' yang memusuhi Allah Ta'ala, Rasul-Nya, Agama-Nya, Undang-undang-Nya, Peraturan dan hukum-Hakam-Nya. Mereka berusaha menafikan terlaksananya semua ini dengan hujah yang muluk-muluk bersalutkan agama.

Nabi SAW Bersabda; “Setiap pengkhianat memiliki bendera pada bahagian belakangnya pada hari kiamat nanti, yang akan ditinggikan (bendera tersebut) sesuai dengan kadar pengkhianatannya yang dilakukan. Ingatlah, tiada pengkhianatan yang melebihi pengkhianatan oleh para pemimpin masyarakat.” (HR : Muslim)

KESIMPULAN :
Dari hadis diatas dapat dimengerti bahawa pengkhianatan terbesar adalah pengkhianatan yang dilakukan oleh seorang pemimpin, terutama pemimpin masyarakat. Kerana jika pemimpan rosak maka rosaklah negeri @ negara dan rakyatnya. So ! Berhati-hatilah wahai pemimpin, jangan khianati rakyat yang mengundi kamu...Wallahu a'lam - Pemimpin khianat, rakyat tunggu di akhirat ! Ukay's