Wednesday, April 30, 2014

ZIKRULMAUT (siri 5)

MIMBAR PAGI

ZIKRULMAUT (siri 5)

 Perlu disedari dan dihayati bahawa kematian itu adalah satu pemaksaan. Samada manusia rela atau tidak, mereka akan dipaksa berjumpa dengan Allah SWT Pencipta dan penjaganya.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
8. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". [Al-Jumuah]

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ
15. "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَىٰ
16. "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. [Toha]
Kiamat yang dimaksudkan adalah kematian yang boleh berlaku bila-bila masa.
Yang banyak melupakan kita mengingati mati (Zikrulmaut) adalah pekerjaan harian kita. Renungkanlah.

 Sebelum manusia itu menemui kematian, ia akan melalui satu keadaan yang dinamakan sakratul maut atau kesusahan dan kesakitan yang sangat dahsyat ketika roh itu dicabut dari jasad.

وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
19. Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" [Qof]

 Dikhabarkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis bahawa ketika berlakunya sakratul maut, malaikat maut akan mengambil nyawa manusia dalam dua keadaan. Keadaan yang keras bagi mereka

yang kafir dan derhaka kepada Allah SWT dan keadaan yang lembut dan baik bagi mereka yang beriman dan Allah SWT redha kepadanya.

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ
93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". [Al-An'aam]
Kita tidak akan dapat melihat tanda-tanda kesakitan mereka kerana pada masa itu mereka terlalu lemah untuk meronta kesakitan.

Daripada Muhammad bin Kaab Al-Quradzi, “Apabila hayat orang beriman telah sampai ke penghujungnya maka datanglah malaikat maut lalu berkata kepadanya, Salam Sejahtera ke atasmu wahai penolong agama Allah ! Sesungguhnya Allah SWT menyampaikan kepadamu salam kesejahteraan.” Setelah itu, dibacakan kepadanya ayat di bawah.
تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ ۚ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا
44. Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucap an "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia. [Al-Ahzab]
Telah ditanya Abdullah bin Al-Mubarak berkaitan ayat Al-Quran [Selamat sejahtera kepada kamu pada hari kamu berjumpa denganKu”]. Jawabnya telah bercerita kepadaku Muhammad bin Malik. Telah bercerita kepadaku Al-barra bin ‘Azib, “Pada hari malaikat maut menemui orang beriman (untuk dicabut nyawanya) ia akan berkata Selamat Sejahtera ke atasmu ketika berjumpa Tuhanmu.”

Daripada Al-Harith bin Al-Khazraj Al-Ansari, bapaku telah berkata kepadaku, sabda Rasulullah SAW, “Malaikat maut telah hadir di hadapan seorang lelaki Ansar untuk dicabut nyawanya. Aku mengatakan kepada malaikat maut. Wahai Malaikat ! berlemah lembutlah kamu kepada dia kerana dia adalah seorang mukmin.” Malaikat maut berkata, “Wahai Muhammad ! Tenanglah. Sesungguhnya aku sangat berlemah lembut ketika hendak mencabut nyawa orang beriman. Ketahuilah wahai Muhammad, sesungguhnya aku akan mencabut semua nyawa anak Adam. Apabila aku mencabutnya lalu berteriaklah ahli keluarganya, aku akan berhenti di tepi rumahnya dan bersamaku roh simati. Aku berkata, teriakan apakah ini? Demi Allah ! Aku tidak menzaliminya. Ajalnya tidak dipercepatkan dan tidak pula dilambatkan. Kami tidak melaku sedikit pun dosa ketika mencabut nyawanya. Sekiranya kamu redha dengan apa yang telah ditentukan Allah SWT dan bersabar, kamu akan diganjari. Sekiranya kamu keluh kesah, dan marah, kamu sebenarnya melakukan dosa. Kamu akan terbeban dengan apa yang kamu lakukan dan kami tidak akan dicela walau sedikitpun. Sesungguhnya kami akan kembali kepada kamu untuk mencabut pula ajalmu. Maka berwaspadalah dan bersedialah sentiasa (untuk menghadapi hari kematian ini). Sekiranya kamu menjaga diri kamu dari dosa, kamu akan selamat. Tidak adapun seorang yang bermusafir, yang tinggal di bandar, yang tinggal di pendalaman, yang tinggal di bukit, yang tinggal di laut, melainkan aku menziarahinya lima kali sehari sehingga aku sangat mengetahui keadaan sebenar kamu, baik ketika kecil mahu pun ketika dewasa. Demi Allah ! Aku tidak ingin mencabut sebarang nyawa walau nyamuk melainkan Allah SWT jualah yang menyuruhku untuk mencabutnya.”

Berkata Jaafar bin Muhammad, “Telah sampai perkhabaran kepadaku bahawa malaikat maut hadir menziarahinya lima kali sehari ketika dia melakukan solat. Maka pada ketika malaikat maut ingin mencabut nyawanya, jika ia adalah orang yang menjaga solatnya, maka malaikat akan mencabutnya dengan lembut dan para syaitan akan menjauhinya (untuk mengoda dan menyesatkannya). Pada masa itu juga malaikat maut akan MENTALQINKAN kepadanya kalimah toyyibah sehinggalah dia habis nyawa.”

Ustaz Suhaimi Kassim...

Rejab...hati2 dgn penyebaran hadis palsu

REJAB......

MOHON TIDAK DISEBARKAN WASEP DI BAWAH..

As salam semua sahabatku.. Masuknya azan maghrib Rabu hari ini 30 April 2014 sdh masuknya 1 Rejab, bulan di mana catitan amalan kita dtutup & dserahkn kpd Allah S.W.T. & dgantikn yg baru.. Sebelum catitan amalan dtutup, saya ingin mmhn maaf ats sgl dosa, halalkn mkn minum. "Brg siapa yg memperingatkn bln Rejab kpd saudara2 semuslimnya, maka api neraka dharamkn menyentuhnya." Sama2 kita memprtingkatkn lg amal ibadah kita d bulan Allah ini... InsyaAllah..Smg sgl ibadah dterima & dberkati Allah S.W.-

 PENCERAHAN. .

Assalam. ..

Mohon tidak disebarkan wasep di atas .

Setakat perbincangan sy bersama Ustaz Mohd Rifqi GC Pend Islam sek sy.

Kami tidak menemui sebarang hadis yg menyebut tentang buku catatan amalan dan hadis yg berkenaan api neraka diharam menyentuh tu.

Kami guna Software takhrij hadis utk cari hadis dan tidak menemui sebarang hadis pun berkenaan di atas hatta hafis maudhu ' sekalipun.

Berkenaan catatan amalan di buka ditutup tu pun xde hadis yg menyebut samada 1 rejab maupun nisfu syaaban.

Namun..tiada masalah utk meningkatkan amalan sebagai persediaan menghadapi Ramadan..

Semoga bermanfaat. .

Yasirah Yazid
SMK TMN UNIVERSITI
JOHOR BAHRU
JOHOR

*********

Ya Allah..
Datangkanlah jiwa kami dgn ketakwaan..
Bersihkan ia sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembersih..
Engkau wali dan tuan kpd hati.

Ya Allah..
Jadikanlah sebaik-baik amalan kami pada kesudahannya. .
sebaik-baik umur kami pada penutupannya. .
Sebaik-baik hari kami apabila kami berjumpa Mu dlm keadaan Engkau meredhai kami..
Jadikanlah akhir perkataan kami
ﻻ اله الا الله
محمد رسول الله.

ABD GHANI HARON PASAR RAMADAN PASAR MENJAJA NAFSU?

ABD GHANI HARON PASAR RAMADAN PASAR MENJAJA NAFSU?

Ramadan tak sampai dua bulan lagi.Ketika merancang program ramadan akan datang,saya terfikit utk menulis mengenainya.Kalau zaman saya budak dulu,masa sebulan sebelum puasa semua keluarga sudah buat persediaan menumbuk tepung beras guna lesung kaki utk buat kuih,cari kayu api kerana bulan puasa tak larat nak belah kayu,jemur padi dan mesin beras bagi banyak utk makan dan zakat fitrah dll.Pendek kata bersedia sambut ramadan utk keselesaan beribadat.Waktu petang bertukar menghantar kuih kerumah,ke masjid.

Zaman kini,waktu sebulan lebih akan ada banner digantung mengiklan tapak padar ramadan di merata bandar.Tak ada lagi orang buat persediaan utk masak dirumah.Ada orang kata , ramadan memurahkan rezeki,mereka boleh niaga, tapi saya akan berkata di malaysia peniaga padar ramadan mengurangkan pahala puasa.Di Mekah,Madinah,orang tak sibuk pun dg pasar ramadan.Bahkan tidak ada apa yg bertambah jualan seperti bulan lain,sebaliknya banyak kedai ditup siang hari.

Maafkan saya jika saya berkata peniaga pasar ramadan adalah penjaja nafsu,mengambil kesempatan dari nafsu manusia, mempermudah manusia melayan nafsu makan, menawarkan berbagai menu yg tak pernah ada dibulan lain.Mereka untung didunia, tetapi mereka bersekongkol ke arah menggagalkan matmamat puasa, kearah ketaatan kpd Allah.Hakikatnya puasa utk melatih diri mengekang nafsu, menambah ibadat,merasai kepayahan mereka yg miskin.Nabi menganjurkan berbuka dg tamar dan air shj, tidak ada ayam bakar,ikan panggang,unta golek, kibas sumbat nasi. Berapa banyak masa dihabis tiap petang meronda pasar ramadan memilih makanan yg merupakan perbuatan bukan sunnah orang berpuasa yg diajar oleh nabi,berapa banyak peniaga menghabis masa menyedia jualan, berjaja hingga mungkin terlewat atau tertinggal solat, hanya utk keuntungan dunia,rugi diakhirat,berapa banyak orang terkorban puasanya kerana memandang berbagai bentuk kemaksiatan di celah orang ramai dlm pasar ramadan,berapa banyak pembaziran makanan yg berlaku kerana tak termakan, berapa ramai pula yg tak ke masjid kerana kekenyangan yg melampau dr makanan yg sedap.

Puasa perbelanjaan bertambah, sepatutnya berkurang.Kalau diluar bulan puasa,jarang ke pasar minggu meninjau makansn,kenapa bila puasa,sibuk ke pasar ramadan.Kata puasa bulan ketaatan.Selain atas nafsu diri,kemunculan penjaja makanan menjadi penarik.Ada penjual,ada pembelinya.Kenapa kelaziman membuat sendiri kuih tidak diteruskan, amalan bertukar kuih tidak diteruskan.Mungkin orang berkata utk mudah,tetapi hakikatnya jika kita membuat kuih dan makanan walau tak sehebat mana, utk keluarga, utk diberi pula kpd yg berpuasa,ganjarannya tentu lebih besar kerana tuhan menilai dr susahpayah utk beramal dari mudahnya membeli.

Pada saya,carilah sumber lain dlm perniagaan yg lebih membina ketaatan,bukan menyumbang kearah meruntuhkan amal ibadat.Pasar ramadan adalah bayangan rezeki yg menipu,yg merugikan.Bayangkan jika tiada penjaja makanan,semua orang menyediakan dirumah,ala kadar sahaja,semua orang ada masa lebih utk baca quran,iktikaf kerana tak perlu pergi padar ramadan,semua orang mungkin tak terlalu kekenyangan utk terawih,perbelanjaan yg terjimat mungkin boleh ditambah utk amalan sedekah,mata,telinga dan lidah lebih terpelihara dll.

Mungkin fikiran saya menongkah arus,ustaz tak kata apa pun,tok guru tak bersungut pun,lu sapa,lu cuma cikgu saja, lu ngaji mana? Piiiiraaah!Beri sedikit ruang pada saya.Berlapang dadalah utk memikir,mencari jalan utk kembali kpd jalan yg ditunjuk nabi.jalan utk menjadi lebih baik,jalan menuju kpd Allah.

Salam 1Rejab... 1/5/14

tazkirah Pegi...salam 1 Rejab
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (Khamis, 1 Rejab 1435H)
Salam Pengenalan, Salam 1 Rejab !
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadan”. (HR: Baihaqi)
Seorang pendakwah (da’i) sangat perlu dan harus mengetahui keadaan psikologi sasaran yang didakwahi (mad’u) agar apa yang disampaikan nantinya dapat diterima dengan baik. Kerana dakwah itu sendiri merupakan suatu kegiatan untuk mempengaruhi orang lain agar mahu merubah tingkahlaku dan mengikut apa yang disyariatkan oleh Agama Islam.
PENCERAHAN :
Untuk mempengaruhi orang lain agar terkesan dengan usaha-usaha dakwah kita, maka kita harus melakukan beberapa pendekatan, pengubahsuaian dalam psikologi dakwah. Methodologi atau manhaj dakwah perlu bersesuaian dengan biah mad'u hari ini. Tidak lagi dengan approach lama yang sama. Mungkin sesuai untuk sesetengah golongan tetapi mungkin tiada unsur 'tarikan' pula pada golongan yang lain.
Teringat kepada guru Ust Kay ketika menadah ilmu di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Ab. Aziz bin Moh Zin (ketika itu merupakan Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan) dalam bukunya Psikologi Dakwah menyatakan antara peranan psikologi dakwah melalui tarikan antaranya ialah;
1. Cantik dan Menarik.
Islam mesti dipersembahkan kepada sasarannya dalam bentuk yang cantik juga, sesuai dengan ajarannya yang sangat cantik. Produk yang cantik ini kalau tiada yang sudi 'membelinya' bukan kerana kecacatan produk tersebut tetapi kerana kegagalan jurujualnya (da'i).
Headline seperti 'Tazkirah Hari Ini', Ceramah, Kuliah, Forum Perdana contohnya, mungkin menjadi kegemaran sasaran dakwah 'saluran' 1 dan 2 tetapi mungkin alergik pula kepada sasaran dakwah bagi saluran 3 dan 4 (orang muda). Tengok headline je terus scroll ke bawah...
2. Jelas dan Nyata.
Manusia tidak suka memikirk an perkara yang berat-berat dan sukar difahami. Oleh itu, kecerahan dan kejelasan akan menarik perhatian pembaca apatah lagi dalam medium media sosial yang serba pantas dan ringkas ini. Ramai pembaca mengadu kepada Ust Kay tidak menggemari tazkirah yang panjang berjela-jela dan meleret-leret persembahan isinya (maudu'). Cuma kali ini agak panjang, maaf sesi pengenalan...
3. Pelik dan Menakjubkan (mengejutkan).
Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan tentang ahli syurga yang menghairankan ;
"Ahli syurga makan dan minum, tetapi tidak berak, tidak berhingus dan tidak kencing. Sisa makanan mereka habis menjadi angin sendawaan yang keluar seperti wap dengan bauan kasturi." (HR : An-Nawawi)
Justeru, dalam pemilihan tajuk-tajuk tazkirah Ust Kay sebelum ini juga dibuat dengan berhati-hati, isu yang dekat dengan mad'u, malar segar, catchy, ranggi dan trendy selain cadangan yang datang dari rakan-rakan pembaca sekalian. Itulah sebenarnya pesanan mentor Pengucapan Dakwah Ust Kay, Dr. Roslan Mohamad - APIUM (syukran ustaz) dan Pensyarah Penulisan Dakwah Ust Kay, Ustazah Norodzoh - APIUM (jazakillahu khairan)
4. Bergerak dan Berubah-ubah.
Sesuatu benda yang bergerak kedudukannya lebih menarik daripada sesuatu yang tetap dan tidak bergerak. Selain itu yang berubah (changing) juga menjadi tarikan. Sebab itu 'Tazkirah Hari Ini' kini berubah kepada 'Cuit-cuit Ust Kay'. Satu pendekatan dakwah yang lebih santai walaupun ilmiah. Lebih kepada catatan pendakwah atau travelog yang menjadi trend masakini. Fresh, ringan dan tidak memeningkan, tulus dan tidak memaksakan.
5. Mudah dan Memudahkan.
Sekali lagi manusia tidak sukakan beban dan menyerabutkan fikiran. Susah dan payah boleh meliarkan seseorang. Contoh, solat bagi muslimat mesti pakai telekung, tidak ada telekung tak boleh solat (alasan untuk tinggalkan solat). Adakah syarat sah solat mesti memakai telekung? Bukan kah cukup sekadar menutup aurat...
Allah berfirman dalam al-Quranul Karim;
...ِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍُ
"... Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama-Nya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama..." (QS. al-Hajj : 78)
Tujuan utama dari dakwah itu nanti akhirnya adalah bagaimana seorang mad’u dapat atau mahu menjalankan apa yang disampaikan oleh seorang da’i, bukan hanya sekadar dibaca, difahami dan diminati saja. (syok sendiri) Tetapi ialah bagaimana akhirnya seorang mad’u itu benar-benar menjalankan apa yang disampaikan oleh da’i dengan penuh kesedaran dari dirinya sendiri tanpa rasa dipaksa untuk berubah.
KESIMPULAN :
Maafkan Ust Kay dengan 'kejutan' pengumuman semalam terutamanya kepada pembaca setia Tazkirah Hari Ini. Semoga dengan pendekatan baharu yang tidak lagi klise dan skema ini akan lebih dekat kepada semua pembacanya dan mengurangkan perbuatan plagiat yang berleluasa. Copy paste takpe.. bahan dakwah memang perlu disebarkan tiada copyright. Doakan terus istiqamah !
Wallahu a'lam - Maaf tiada 'Tazkirah Hari Ini' Ust Kay.

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Dari Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian Beliau bersabda; Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan Aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu..
Perkara - perkara itu ialah;

1. Tiada terzahir (nampak jelas) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa ummat-ummat yang telah lalu..
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka..
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt...
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka..
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri...

Hadis Riwayat: Ibnu Majah..

SYAIR::

Lima maksiat dibalas segera
Dalam dunia sebagai dera
Supaya insan insaf dan taqwa
Lalu meminta taubat nasuha

Bila zina zahir dan nyata
Penyakit berat akan menimpa
Sukat dan timbang tidak sempurna
Zalim peminpin pasti dirasa

Bila zakat tidak diberi
Kemarau panjang pasti rasai
Janganlah mungkir janji Ilahi
Nanti musuh datang menguji

Syariat Allah pasti tegakkan
Pedoman hidup jangan abaikan
Cuai dan taqsir mengakibatkan
Perang saudara yang merugikan..

Sekian.... MZA....