Monday, July 27, 2009

kenduri kendara

26/7/09
minggu masih sibok lagi...xdpet nak kuar jln2...sempena majlis pertunangan adik angah..so pakat2 tolong ckit seorang...pakar masak dah di import khas...so kami cni tolong2 apa2 yg patut jer...apa2 makanan hari ni sumer sedap2...lemak nangka+ayam kg, daging tetel asam pedas melaka, rendang nogori, sambal udang,pejri nenes, ulaman + tempoyak...sumer berasap pedasnyer....meragam tul perut tapi makan x henggat donia...sedap oooo...apa2 terima kasih kat angah & zarin

org kuat...ju & k.niza

nenek ATEK pakar masak...pangilan org negori...kira pangkat sedara yg tue2....Atek ni terror masak...cium bau dah tau apa yg kureng...cara kacau pom peka...caya lahh

geng2 penanggah...kita santap dulu..

ruby & me
kaum bapak...lepak2 makan2...borak2..

bersama pengantin...

SECRET RECIPE DARI NENEK ATEK…recipe mudah2 jer tapi nak buat kena ikut aturan yg betul baru dpt hasil yg supperbbb....10Q atek yg baik hati nak share ilmu masak memasak ni...

Rendang Bodoh... (atek pangil)
Bahan-bahan
• Cili padi di blend ( ikut suka)
• Kunyit hidup di blend halus, serai di tetek
• Santan, asam keeping, garam secukup rasa
CARA2:-
Potong dadu daging. Panaskan air tuk merebus. Air mendidi baru cuci daging dan terus masukan dlm periuk…rebus dan masukan bahan giling. Masak sampai kering dan masukan santan, asam keping & garam secukup rasa…biarkan santan pekat dan buleh diangkat. Sangat sesuai tuk di cicah dgn lemang, pulut etc


pejeri nenas...mabelosss...
PAJENI NENAS (ni recipe tuk 17bijik jadi kalu buat sebijik korang kali & bahagi la ya hehhe)
Bahan-bahan
• 17bijik nenas
• 2kg santan
• 200gm bawang merah
• 15ulas bawang putih
• Cili kering (ikut selera memasing)
• RM1.00 halia muda di mayang
• 1/2kg udang kering di remdan & di toskan
• 1 ½ kg paket besar rempah kari daging BABAS
• Cengkih, pelaga, bunga lawang & kayu manis
• 1kg minyak masak
• 2bijik kelapa di jadikan kerisik
• Gula kabung 1 mangkok sederhana
• 1/2kg gula pasir
CARA2:-
Nenas di potong & di gaul gula pasir. Panaskan air dan celur campur sedikit garam 3 sudu besar. Gram kasar. Sampai keluar air dah di toskan. Air buleh di di buat minuman. Nak sedap buleh dicampurkan sirap lagi sedap. (sirap nenas gitu)
Buat bawang goring.
Tumis bawang merah samapi kuning, halia, bawang putih,bunga lawang,cengkih, pelaga,kayu manis. Masukan cili kering, rempah BABAS dan air masak. Masukan santan ..didih sampai betul2 masak dan masukan kerisik, garam & gula Melaka. Kacau sebati masuk udang kering kacau dan masukan nenas kacau lagi sampai likat. Angkat dan ratakan di tabur gula + bawang goring di biar sampai sejuk dan di tutup dan di simpan buleh tanah 2 ke 4 hari xper masukan dlm peti ais


rendang negori 9 special

Bahan-bahan
• 1kg daging
• 5 batang serai (pangkal di tetek hujung di hiris & tumbuk)
• Kunyit sebesar ibu jari di tumbuk halus or blend
• 1kg santan
• Sejengkal halia muda di mayang halus
• 15bijik bawang merah-dimayang
• 50sen cili padi
• RM1.00 cili kering di blend
• 1 sudu gula enau
• Minyak masak secukupnyer
CARA2:-
Potong dadu daging. Panaskan air tuk merebus. Air mendidi baru cuci daging dan terus masukan dlm periuk…di campurkan sedikit garam.
Tumiskan bawang merah(separuh) masukan cili kering sampai naik bau. Masukan cili padi sekejap pas tu masukan santan, kunyit, serai yg di tetek separuh. Masak sampai betul2 masak. Lepas tu masukan stok air daging sikit demi sedikit. Biarkan lama atas dapur dah di kacau supaya x berkerak & hangit sampai betul2 pekat & likat.masukan daging, serai yg lagi separuh, masukan gula enau yg ditumbuk halus. Halia, bawang merah yg lagi separuh. Kacau sampai kering. Sejukan dan di taburkan gula di atas rending tadi supaya tahan lagi lama.


sambal udang special

Bahan-bahan
1kg udangCili kering di blend ( ikut selera)
• 7 ulas bwng merah ]
• 3-4 ulas bwg putih ] di tumbuk bukan di blend k
• Gula enau atau kabung or gula melaka
• Asam keeping
• Minyak masak secukupnyer
CARA2:-
Udang di gaul garam kunyit hidup. Goring udang samapi masak( tanda masak naik buih bila di goring) angkat dan di toskan. Tumis bwg merah & putih sampai pecah minyak & naik bau, masukan cili kering & garam sampai naik minyak. Mesti masak betul2 masak …sampai warna gelap & masukan gula enau/kabung/gula Melaka. Masukan udang kacau sampai kering. Dah masak masukan dlm periuk ..rata kan….di tabur gula tuk tahan lama

No comments: