Monday, May 18, 2009

Bun manis, pizza base, zattar, sausage roll, bun sardin atau apa2 filling yg anda suka

10Q asmah sudi share recipe ni...peberete anak beranak ni tapi x tahu bila masa ler nak membuatnyer....apa2hal recipe kena simpan dulu....

Bun Manis
onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 biji bun )
150 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)...asma x pakai ni

Cara-cara
Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi

Note : utk pizza base, zattar & roti hotdog asma gantikan butter dgn olive oil
utk sausage roll & bun asma pakai butter

sekarang ni asma cukup puas hati dgn doh ni klu dulu pakai doh lain bila cuba yg ni lagi best so bye2 utk doh yg lama...kejam bunyinye...heheeh

TQ to onigiri yg dok diam di Tokyo

No comments: