2/10/2013 ..pepagi buka fb tetiba ada kekwn share resipi cakoi... tilik punya tilik terus nak mencuba memandangkan bubur durian minggu lepas masih ado...buleh di buat cicah...moh kedapur tong tang tong tang 1/2 jam siap taraaaaaaaaa.........apolagi ber instaram kita ler share dgn kekwn... :D
Cakoi
credit to kongsi sedap fb..
Bahan-bahan:
400g tepung gandum, 1 cawan air, 1 sudu besar marjerin (cairkan), 1 sudu kecil garam, 3 sudu besar gula, 1 sudu besar susu pekat manis (susu tepung pun boleh), 1 biji kuning telur, 2 sudu teh yis kering (mauripan), ½ sudu teh soda bikarbonat, minyak untuk mengoreng.
Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli lagi. Kalau adunan macam lembik hingga susah nak uli tambahkan tepung sikit demi sikit.
3. Ulikan adunan sehingga ia tidak melekat.
4. Kemudian, canaikan 4-5cm memanjang. Potong memendek anggaran 1-1.5 inci
5. Panaskan minyak. Sebelum mengoreng cakoi tadi tarikkan sikit sebelum digoreng. Ini supaya agar cakoi tu nampak lebih panjang dari saiz asal. .